Wednesday, November 14, 2018

STRES PUN ADA KATEGORI AKUT DAN KRONIK? PFFTT..


Ya ada, ingatkan penyakit je ada akut dan kronik, stres pun sama jugak. Stres boleh dikategorikan mengikut jangka masa berlakunya stres tersebut.

Terdapat dua kategori stres, iaitu stres akut dan stres kronik.


STRES AKUT

Stres yang berlaku akibat tindak balas kepada rangsangan yang terjadi secara tiba-tiba. Ia dikenal sebagai tindaka balas lawan atau lari.

Tindak balas ini merupakan perubahan fisiologi yang berlaku kepada individu agar dapat mengatasi rangsangan stres ini dimanefestasikan dengan perubahan pada tingkah laku seperti mudah mengangis dan agresif.

Perubahan pada emosi pula seperti murungm tidak dapat menumpukan perhatian, dan ia juga boleh ditunjukkan oleh tanda fizikal seperti mudah berasa berdebar-debar, sekit kepala dan berasa tidak sihat.

Contoh keadaan stres akut adalah seperti bunyi bising, hadapi kesesakan lalu-lintas, merasai diri diasingkan dan kehilangan orang atau barang yang dicintai dan sebagainya.


STRES KRONIK

Stres yang berlaku dalam jangka masa yang lama akibat rangsangan yang berterusan sama ada disedari atau tidak oleh individu tersebut.

Keadaan stres akut ayng tidak berjaya diatasi boleh berpanjangan dan menjadi stres kronik.

Rangsangan yang sering menyebabkan stres kronik adalah seperti tekanan berterusan di tempat kerja, masalah hubungan dengan individu lain, berasa keseorangan dan kesunyian serta menghadapi masalah kewangan.

Ini boleh menyebabkan penyakit mental berlaku jika individu tersebut tidak produktif serta tidak bekerja dengan optimum.


Like page kami untuk follow lagi posting menarik!

https://www.facebook.com/infosihatCEO/

FAKTOR PENYEBAB STRESS (STRESOR)


Agen ini boleh dikategorikan kepada faktor luaran dan faktor dalaman.

1. Faktor luaran

Terdiri daripada agen fizikal, kimia, biologi dan psikologi. Contoh agen fizikal ialah suhu yang terlalu panas atau terlalu sejuk, bunyi bising, atau keadaan yang sesak dengan orang ramai.

Contoh agen kimia ialah asid yang mendatangkan bahaya kepada manusia dan bahan bahan pelarut seperti benzena yang mempunyai bau yang tidak menyenangkan. Semua ini menyebabkan individu bekerja berhampiran ini mengalami stress.

Contoh agen biologi ialah organisma yang boleh mengancam kesihatan manusia seperti virus dan bakteria ataupun yang boleh mencederakan manusia seperti haiwan buas dan berbisa.

Contoh agen psikologi adalah seperti perasaan yang tidak puas hati di tempat kerja ataupun konflik keluarga.

2. Faktor dalaman

Keadaan dimana badan individu tersebut, misalnya penyakit yang dialaminya, ketidakseimbangan metabolisma atau perasaan cemburu yang dialaminya.

TINDAK BALAS

Setiap individu akan bertindak balas terhadap stress yang disebabkan oleh faktor penyebab stress. Keadaan ini berlaku dalam diri individu dari segi fisiologi, psikologi dan tingkah laku.


Like page kami untuk follow lagi posting menarik!


STRESS MEMANG NEGATIF UNTUK KITA KE?



Tidak, stress ada 3 jenis dan ia berbeza sama sekali. Baca ni..


1. EUSTRESS

Stres yang beri kesan positif, seperti seorang individu itu menjadi lebih berwaspada dan meningkatkan motivasi, mutu kerja serta lebih produktif dari segi mental dan fizikal.

2. NEUSTRESS

Neustres pula tak menyebabkan kesan negatif mahupun positif kepada individu. Tahap stress di peringkat minimum untuk individu melakukan sesuatu tugas, misalnya individu yang mengetahui kejadian kemalangan di jalan raya akan memandu dengan berhati-hati semasa berada di jalan raya.

3. DISTRES

Ia merupakan stres yang berlawanan dengan eustres dan selalu disebut sebagai STRESS sahaja. Distres membawa kesan negatif kepada individu dan boleh menyebabkan kemurungan, ketakutan atau kerungsingan.


Like page kami untuk follow lagi posting menarik!

https://www.facebook.com/infosihatCEO/

7 CARA ATASI TANTRUM KANAK-KANAK


Mengatasi anak mengamuk bukan kerja senang. Tajuk kali ini adalah bagaimana kita mengawal anak yang mengamuk. Senang cerita, cara hadapi masalah bila anak ‘throw a tantrum’.

Tindakan serta cara kita mengendalikan anak sangat penting dalam pembentukannya. Temper tantrum atau sindrom mengamuk sering berlaku di kalangan kanak-kanak kerana ini juga salah satu cara mereka berkomunikasi.

Anak-anak sebesar ini masih rendah tatabahasa dan bilangan perkataan yang diketahuinya. Cara mudah dan cepat untuk dia memberitahu sesuatu adalah dengan menangis dan mengamuk.

Bukan mudah mengendalikan anak yang mengamuk jika kita tidak tahu cara yang paling baik bagi menanganinya. Ramai juga di kalangan ibubapa yang mengambil jalan mudah dengan memukul, menjerit dan memarahi anak dengan harapan anak akan berhenti mengamuk. Namun cara begitu lebih banyak memberikan impak negatif kepada anak-anak.

Hanya ibu bapa yang mengetahui bila anak akan mengamuk. Kenali tanda-tandanya dan anda akan lebih bersedia jika anak anda mula mengamuk. Ada beberapa cara yang boleh kita lakukan jika anak mengamuk:


1. BERTENANG

Jika anak mula mengamuk, ibu bapa atau orang yang berada berdekatan dengannya perlu menunjukkan sikap bertenang. Jangan mudah melenting dan marah. Kalau kita marah, lagi kuat dia menangis. Lagi teruk mengamuk dia.

Cuba buat muka relax sahaja. Tentu anak yang mengamuk akan kata dalam hati, “Eh, takkan mak aku tak marah pulak ni”. Ini namanya reverse psychology.

2. CUBA PUJUK

Usaha dahulu memujuk dengan cara yang baik. Pegang atau dukung dengan lembut dan mesra. Itu petanda anda sedia untuk bekerjasama dan mendengar segala masalah yang sedang anak hadapi.

Korek rahsia, kenapa dia marah. Anak suka bila ada orang beri perhatian. Jika dia mengamuk, itu tandanya mahukan perhatian!

3. ALIHKAN FOKUS ANAK

Andaikan kita pergi ke hypermarket untuk berbelanja, contohnya Giant atau Tesco. Anak pula sudah tunjuk tanda-tanda yang dia mahukan sesuatu.  Kadang-kadang, benda yang dia minta itu mengarut.

Dan lagi, jika kita tidak dapat memenuhi hajatnya itu dan akan mencetuskan kemarahannya.

Apa perlu buat? Cepat-cepat alihkan perhatiannya. Fokuskan pada perkara yang lain. Pujuk akan ambil masa. Bawa dia ke bahagian yang lain. Jangan pula alihkan fokus dengan berikan telefon pintar kita.

4. SISTEM GANJARAN (REWARD SYSTEM)

Jika anak mula mengamuk, berikan dia pilihan, samada dia mahu bersikap baik dan tidak dimarahi anda. Katakan kepadanya jika dia bersikap baik, anda akan menjanjikan sesuatu seperti menonton televisyen atau membaca bersama.

Kalau dia betul-betul inginkan benda yang sudah lama diidamkan, tentu sekali dia akan ikut kata kita.

5. BIARKAN SAHAJA!

Kes ini selalu terjadi bila anak nampak lollipop. Dia berkeras mahukan gula-gula. Jika pujukan tidak menjadi dan anak kita terus menghentakkan kaki atau berguling di atas lantai, biarkan dia.

Namun pastikan keadaan sekelilingnya selamat dari barang-barang yang membahayakan. Bila anak penat, dia akan berhenti. Ibu-bapa perlu pantau juga semasa anak berguling!

6. NASIHAT

Anak yang mengamuk tidak akan mengamuk sepanjang hari. Dia pasti penat juga akhirnya. Pada waktu begini, kita belailah dia dan katakan kepadanya bahawa apa yang dia lakukan sebentar tadi adalah salah dan dia akan lebih disayangi jika dia bersikap baik dan mendengar kata.

7. BERSIFAT TEGAS

Sesekali kita kena bertegas dengan anak. Jika dia mengamuk, katakan bahawa kita akan potong waktu bermainnya. Biar dia belajar bagaimana perasaan marah dan kecewa. Terangkan dengan jelas mengapa tindakan itu anda ambil.


Like page kami untuk follow lagi posting menarik!

https://www.facebook.com/infosihatCEO/

MAIN BEDAL JE BELI UBAT DI FARMASI? BACA NI..


Sewaktu anda mengambil ubat dari ahli farmasi, mereka akan menyemak interaksi ubat-ubat ini sebelum mendispen ubat kepada anda.

Oleh itu, amat penting untuk anda mendapatkan ubat dari sumber yang betul dan ubat anda diperiksa sebelum sampai kepada anda.

Bagaimana untuk mengelakkan ia dari berlaku?

Sebagai pesakit, anda juga boleh memainkan peranan bagi mengelakkan interaksi ubat-ubat yang boleh mendatangkan kesan yang tidak diingini berlaku kepada anda. Antara perkara yang anda boleh lakukan adalah:-


1. Sentiasa baca label dan patuh pada arahan pemakanan ubat. Selain dos, waktu pengambilan ubat juga perlu dipatuhi.

2. Baca sisipan ubat dalam bungkusan ubat yang diberi kepada anda. Beri perhatian pada amaran-amaran yang diberikan.

3. Beritahu ahli farmasi sekiranya anda ada mengambil ubat-ubatan lain, selain yang dipreskrib oleh doktor. Interaksi ubat-ubat boleh berlaku diantara ubat yang dipreskrib dan suplemen atau ubat tradisional.

4. Dapatkan rawatan dari satu klinik atau ambil semua ubat dari satu farmasi sahaja. Ini untuk memastikan rekod ubat-ubatan anda tepat dan mudah untuk disemak.

5. Simpan preskripsi ubat-ubatan anda dengan baik.

6. Rekodkan semua ubat yang anda ambil termasuk suplemen dan ubat tradisional beserta dengan dos yang terkini.

7. Elakkan dari membeli ubat dari sumber yang tidak sah.


Like page kami untuk follow lagi posting menarik!

https://www.facebook.com/infosihatCEO/

Friday, November 9, 2018

KELEBIHAN MEDICAL CARD PRU-BSN TAKAFUL KEPADA ANDA



Kenapa kita perlu ada med card? Berikut merupakan 5 kelebihan mengambil Medical Card Prudential Bsn Takaful yang saya rasa patut dikongsikan untuk anda semua.


1. PILIHAN SAMADA FULL COVERAGE ATAU SMART SAVER

Anda boleh memilih samada untuk mengambil:

i) Full Coverage - semua perbelanjaan di hospital ditanggung oleh Prudential Bsn Takaful.
Tanpa deposit.

ii) Smart Saver 300 - anda hanya perlu bayar RM300 sahaja dan sekali bayar untuk kemasukan ke hospital.

Konsep ko-takaful

Kelebihan : Caruman bulanan akan menjadi MURAH! Sesuai untuk yang merancang kewangan dan melabur lebihan tadi ke tempat lain.


2. MANFAAT RAWATAN KECEMASAN AKIBAT KEMALANGAN DAN DAY SURGERY

Anda tidak dimasukkan ke hospital tapi masih boleh mendapat rawatan. Konsep Pay and Claim. Bayar dahulu, tuntut kemudian.


3. PERLINDUNGAN RAWATAN MENYELURUH

Anda boleh mendapat rawatan di mana-mana hospital, termasuk kerajaan dan bukan panel. Menggunakan konsep Pay and Claim.


4. UPGRADE BILIK TANPA PENALTI

Sekiranya bayaran bilik melebihi coverage medical card individu itu, anda hanya bayar amaun yang lebih sahaja.

Contoh : Health Enrich Vital, mempunyai coverage bilik sebanyak RM 200. Sekiranya anda mahu bilik yang lebih selesa, contoh yang berharga RM 250, hanya tambah RM 50 sahaja untuk mendapat bilik tersebut.


5. MEMPUNYAI SIMPANAN

Sumbangan dan bayaran bulanan yang dibayar akan dimasukkan ke dana pelaburan.
Umpama menyimpan seperti biasa tapi mendapat KELEBIHAN dengan mempunyai medical card.


Like page kami untuk follow lagi posting menarik!

https://www.facebook.com/infosihatCEO/

KETAHUI BILA ASMA MENYERANG



Asma atau lelah adalah penyakit saluran udara jangka panjang yang kronik. Ia boleh menyebabkan nafas berbunyi, sesak nafas, ketat dada dan batuk.

Ciri utama penyakit ini ialah pencerutan saluran udara dalam paru-paru yang berpunca daripada inflamasi dan menyebabkan pesakit sukar bernafas.

Batuk yang berterusan tanpa demam, terutamanya pada waktu malam dan awal pagi adalah tanda kuat asma. Tidak seperti penyakit alahan seperti rinitis dan ekzema, asma berkait dengan faktor genetik dan alam sekitar.

Antara punca yang menyebabkan serangan asma termasuk alergen seperti habuk, bulu haiwan, lipas dan debunga. Punca lain berkaitan dengan asap rokok serta kimia di samping perubatan, seperti contoh aspirin serta kegiatan fizikal.

Sekiranya tidak dirawat, gejala mungkin menjadi lebih teruk dan menjadi lebih rumit untuk dikawal. Pesakit juga berdepan dengan risiko sakit mendadak, terpaksa dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia.

Asma dianggap isu kesihatan awam serius dan melibatkan lebih 70 juta orang di Asia dan angka ini semakin meningkat.

Antara pilihan untuk mengurus asma ialah dengan penggunaan alat sedutan pengawal dan alat sedutan penahan. Alat sedutan pengawal biasanya digunakan dua kali sehari untuk mencegah gejala serta membantu inflamasi dalam saluran udara.

Sementara itu, alat sedutan penahan berfungsi untuk melega dan meluaskan otot saluran udara tetapi bukan untuk inflamasi.


Like page kami untuk follow lagi posting menarik!

https://www.facebook.com/infosihatCEO/