Tuesday, October 30, 2018

10 MANFAAT JADI SUKARELAWAN YANG ANDA TAK TAHU


1) DAPAT BELAJAR PERKARA BARU

Anda belum terlambat untuk belajar sesuatu yang baru, walaupun telah tamat pengajian di universiti, tidak bermaksud anda perlu berhenti belajar.

Semasa program sukarelawan, anda akan belajar kemahiran seperti berkomunikasi dengan masyarakat, belajar pasal serba sedikit tentang kira-kira kewangan, pengurusan manusia, dan bekerja secara berkumpulan.

2) MENJADI SEBAHAGIAN DARI KOMUNITI

Manusia dicipta untuk hidup dalam kelompok dan saling memerlukan. Kerja yang besar perlu mendapat tenaga kerja yang banyak dari masyarakat. Sukarelawan sedikit sebanyak membantu komuniti untuk bekerja dalam satu kumpulan.

Lihatlah penduduk-penduduk di Jepun, mereka lebih mementingkan aktiviti berkumpulan dalam organisasi. Sebab itulah mereka berjaya menghasilkan produk bertaraf antarabangsa seperti Honda, Toyota, Yamaha dan banyak lagi.

3) MEMUPUK SIKAP KEMASYARAKATAN

Ada banyak orang yang kurang bernasib baik dari kita. Bagaimana perasaan anda jika ahli keluarga anda terbunuh dalam peperangan? Beribu-ribu kanak2 menjadi mangsa keganasan peperangan, ada juga bayi yang baru beberapa bulan dilahirkan di negara-negara berperang mungkin menghadapi risiko penyakit akibat tidak mempunyai makanan yang seimbang.

Rakyat Malaysia haruslah berasa bersyukur kerana kita masih lagi boleh menikmati makanan2 yang enak, tidur dalam keadaan aman, sembahyang dalam keadaan aman, dan hidup dalam keharmonian di negara yang berbilang kaum. Jika kita berada di tempat yang tinggi, kita haruslah lihat ke bawah. Suatu hari nanti kita pula akan berada di tempat mereka juga.

"Tangan yang memberi adalah lebih baik dari tangan yang menerima."

4) DAPAT BERTEMU DENGAN RAMAI ORANG

Menjadi sukarelawan, anda dapat bertemu dengan pelbagai jenis orang, antaranya pengarah syarikat, guru, pensyarah, peniaga dan ada juga orang yang tidak mempunyai pekerjaan! Dunia ini sangatlah kecil. Sebab itulah kita tidak digalakkan untuk berhasat dengki atau berbuat sombong dengan orang lain, suatu hari kita pasti akan jumpa dia lagi.

Di saat inilah anda akan rasa bahawa hidup ini akan sentiasa dikelilingi oleh orang yang senang dan susah, tetapi masih ada juga yang mempunyai hati yang sangat ikhlas dalam menyumbangkan tenaga kepada sukarelawan.

8) MELATIH DIRI BERKOMITMEN DALAM JAWATAN

Kepercayaan yang orang telah berikan kepada anda, haruslah dipikul dengan baik. Di sinilah saat anda bakal diuji untuk berlatih kebolehan untuk berkomunikasi dengan baik. Walaupun cabaran ini tidaklah sehebat duta, tetapi anda perlu ada sikap amanat dan berkomitmen dalam diri sendiri.

9) MEWUJUDKAN KESEDARAN DIRI

Perkataan sukarelawan itu sendiri bermaksud anda sendiri yang mahu melakukannya tanpa paksaan dari siapa2, ikhlas tanpa mengharapkan balasan wang ringgit. Secara automatiknya segala amalan akan diberkati selagi niat dihati berbuat semata-mata kerana Allah yang Esa.

10) MELABUR PAHALA UNTUK HARI AKHIRAT

Kita harus sedar bahawa manusia akan pergi meninggalkan dunia. Sekaya-kaya manusia itu pun, harta hanya boleh dipakai di dunia saja. Setinggi-tinggi pelajaran kita di menara gading sekalipun, jika tidak digunakan untuk masyarakat tidak berguna juga.

Sebenarnya tujuan asal kita adalah untuk berbuat baik kepada masyarakat setempat. Berlaburlah di jalan akhirat yang kekal abadi. Bila kita meninggal dunia esok, sekurang-kurangnya tercatit amalan kita menderma dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Insya Allah.


Like page kami untuk follow lagi posting menarik!

https://www.facebook.com/infosihatCEO/

PERKESO - RAMAI PENCARUM TAK TAHU HAK MEREKA?



Baru2 ni Perkeso mengatakan ramai pencarum tidak tahu hak mereka sepenuhnya. Pencarum yang sudah berhenti kerja turut layak menerima pencen.

Andai kata seorang pekerja itu sudah berhenti atau bekerja sendiri tapi masih berumur di bawah 60 tahun jika mereka jatuh sakit, kemalangan hingga hilang anggota badan, mereka layak menerima skim pencen ilat walaupun dia tidak mencarum lama.

Perkeso juga dapat membantu dari segi kos perubatan seperti dialisis dan bantuan peralatan pemulihan.

Jadi, mana-mana pekerja yang ada kematian, sakit teruk, kemalangan atau apa-apa jenis penyakit yang membuatkan dia tidak boleh bekerja, anda boleh hubungi talian Perkeso dan mereka akan semak untuk lihat kelayakan bagi skim pencen ilat.

Untuk kematian, memang Perkeso akan bagi pencen tapi kalau lumpuh, bukan setakat bagi pencen malah juga diberi alat bantuan seperti kerusi roda, tongkat atau rawatan dialisis sekiranya diperlukan.

Ramai orang tak tahu perkara ini, pencen skim ilat boleh diwarisi meskipun pencarumnya sudah meninggal dunia ketika berusia 100 tahun. Ini bertujuan supaya keluarganya tidak terbeban dan menyenangkan sedikit sebanyak kos saraan harian.

Perkeso melakukan ini sebagai bentuk kebajikan kepada pencarum sama ada yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia.


Like page kami untuk follow lagi posting menarik!

https://www.facebook.com/infosihatCEO/

CARA MENGESAN PRODUK TIRUAN

Bagaimana mengenal pasti produk/ubat yang berdaftar?

Semua produk farmaseutikal termasuklah suplemen kesihatan dan persediaan tradisional perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dipasarkan di Malaysia. Penilaian terhadap produk perlu dijalankan untuk memastikan keselamatannya kepada pengguna.

Setiap produk yang berdaftar dengan PBKD adalah selamat untuk diambil oleh orang awam.
Produk yang berdaftar dengan PBKD mempunyai dua ciri-ciri utama, iaitu:

1. Nombor pendaftaran dan pelekat hologram yang tulen.


2. Nombor pendaftaran lazimnya dimulakan dengan 'MAL', diikuti dengan 8 nombor dan diakhiri dengan huruf.


Untuk menyemak senarai produk yang berdaftar dengan PBKD, layari laman web rasmi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di www.bpfk.gov.my. Klik pada 'Registered Product Search' (Quest 2 & Quest 3) dan masukkan butir-butir produk untuk memulakan carian.

Untuk menyemak ketulenan pelekat hologram pula, gunakan dekoder Meditag yang terdapat di kedai farmasi yang berhampiran.


Like page kami untuk follow lagi posting menarik!

https://www.facebook.com/infosihatCEO/

Tuesday, October 23, 2018

KESAN ROKOK TERHADAP SAKIT BELAKANG



1. MEROKOK & SAKIT BELAKANG

Jika anda seorang perokok, kemungkinan ada seseorang telah menasihati anda mengenai risiko kesihatan yang berkaitan dengan tabiat merokok, seperti penyakit jantung, kanser dan lain-lain penyakit serius yang tersenarai paling atas. Tetapi adakah anda tahu bahawa sakit belakang juga tersenarai dalam list yang sama?

Pengetahuan umum di kalangan profesional pakar kesihatan menganggap merokok sangat berkaitan dengan sakit belakang. Dan kajian telah dikeluarkan. Sebagai contoh, tinjauan Finland sebanyak 40 kajian yang diterbitkan dalam jurnal Perubatan Amerika pada edisi Januari 2010 mendapati perokok semasa adalah 1.16 kali lebih berisiko mengalami sakit belakang pada bulan sebelumnya dan 1.26 kali lebih tinggi pada tahun lalu berbanding orang yang tak merokok.

Dalam hal ini, wanita mungkin lebih tidak bernasib baik. Pakar bedah ortopedik di Austin, Texas, berkata “wanita yang merokok sebenarnya mempunyai risiko yang lebih tinggi mengalami sakit belakang, walaupun mereka bukan perokok tegar.”

Jangan dilupakan golongan remaja. Kajian mendapati bahawa perokok remaja adalah 1.82 kali lebih berisiko mengalami sakit belakang berbanding orang dewasa yang mempunyai tabiat merokok yang sama.


2. MEROKOK & CAKERA VERTEBRA

Berapa batang rokok yang perlu anda hisap sebelum sakit belakang mendapat? Apa jenis sakit belakang yang akan anda dapat? Bagi orang yang merokok 50 kotak setahun atau lebih, terutamanya jika mereka berumur di bawah 45 tahun, merokok adalah satu risiko yang menakutkan.

Untuk perokok jangka panjang, AAOS melaporkan, bilangan per kotak setahun bersamaan dengan perkembangan herniated disc, serta perkembangan spondylolisthesis, permulaan awal keradangan, pengurangan fungsi dan kualiti hidup.

Rokok mungkin berfungsi seperti “ilmu hitam” pada kebanyakan struktur tulang belakang dan cakera. Merokok meningkatkan kadar di mana cakera mula merosot. Batuk kronik yang dialami oleh banyak perokok boleh menyebabkan peningkatan tekanan pada cakera juga.

Kajian 2009 yang dilakukan oleh Kauppila iaitu “Kemerosotan Atherosclerosis & Kemerosotan cakera pada lumbar – Kajian Sistematik” mendapati bahawa arteri yang terhalang yang berpisah dari aorta perut boleh mengurangkan aliran darah ke tulang belakang lumbar dan menyebabkan sakit belakang. Penulis kajian mengkaji bahawa dalam kajian-kajian yang melihat corak penyakit dalam populasi (dipanggil kajian epidemiologi), merokok, bersama-sama dengan kolesterol tinggi, adalah yang paling konsisten dikaitkan dengan kedua-dua sakit belakang dan kemerosotan cakera.

Merokok mengurangkan pertukaran bahan yang anda perlukan untuk cakera yang sihat, termasuk oksigen, kata Vaccaro. Dia menerangkan: Ia menyempitkan arteri yang masuk ke bekalan arteri tulang belakang tulang belakang, yang seterusnya boleh menghalang proses mendapatkan nutrisi pada cakera.


3.  MEROKOK & PEMBEDAHAN TULANG BELAKANG

Jika anda menginginkan hasil yang baik dari pembedahan tulang belakang anda terutamanya proses gabungan antara-tulang belakang, janganlah merokok.

Dalam proses gabungan tulang belakang, tulang ori atau tulang sintetik diletakkan di antara dua vertebra sebagai cara merangsang tulang untuk bercantum. Sepanjang tempoh pembedahan (kira-kira 3-4 bulan) doktor dan penyelidik menggelarkan ia sebagai fasa “penyembuhan.” Ini adalah masa yang agak sukar, kerana penyatuan vertebra tidak dijamin. Penyelidikan Scoliosis mengatakan bahawa sekurang-kurangnya antara 5-15% fusions tulang belakang gagal sembuh.

Anda rasa apa punca utama penyebab kegagalan gabungan tulang belakang? Merokok.

Dalam artikel “Strategi Semakan untuk Lumbar Pseudarthrosis” yang diterbitkan di laman web Medscape, Ondra dan Marzouk melaporkan 33% lebih kegagalan gabungan tulang belakang adalah dari golongan perokok. Sebenarnya, sesetengah pakar bedah tidak menerima pembedahan dari perokok melainkan jika terpaksa dan akan menjejaskan kehidupan mereka. Lain-lain penasihat menasihati agar berhenti merokok untuk beberapa tempoh sebelum pembedahan.


Like page kami untuk follow lagi posting menarik!

https://www.facebook.com/infosihatCEO/

Thursday, October 11, 2018

6 TEKNIK MARKETING EDWARD DE BONO


Selamat malam para pembaca dan peminat marketing sekalian, di sini ada beberapa teknik marketing hasil kajian Edward De Bono. harap anda tekun dan hayati artikel panjang lebar ini ye.

Marketing ini ibarat sains dan seni. Sains itu boleh dikaji. Seni itu pula datang dari bakat. Apakah sains marketing yang telah terbukti keberkesanannya?


TEKNIK MARKETING CARA 6 THINKING HATS


Apabila menghasilkan kempen-kempen marketing, kita boleh gunakan pendekatan pengasas 6 Thinking Hats iaitu Edward De Bono. 6 Topi berfikir yang beliau asaskan adalah:

1) Topi putih.

2) Topi merah.

3) Topi kuning.

4) Topi hitam.

5) Topi hijau.

6) Topi biru.

Setiap topi ini mempunyai kepentingan dan emosi yang berbeza-beza. Kita boleh gunakan untuk mempengaruhi emosi pelanggan dari sudut yang pelbagai.


1. TOPI PUTIH


Topi putih melibatkan elemen fakta dan neutral. Fakta boleh jadi positif atau negatif. Kempen marketing juga boleh fokus pada penggunaan fakta-fakta bagi mempengaruhi pelanggan.

Contohnya:

"1,300 pelanggan sudah mencuba produk kami. Anda bila lagi?"


2. TOPI MERAH


Topi merah pula menggunakan emosi secara total. Seperti marah, suka, gembira dan sebagainya.

Cara terbaik menggunakan kempen marketing topi merah adalah menerusi luahan pelanggan yang beremosi.

Contohnya:

"Syokk nya.. kulit saya semakin lembut & mulus."


3. TOPI KUNING


Topi ini menggunakan elemen-elemen positif terhadap pendapat dan juga fakta. Sama seperti topi pertama. Bezanya adalah fokus topi kuning adalah pendapat dan fakta yang positif.


4. TOPI HITAM


Topi hitam pula fokus kepada pernyataan pendapat atau fakta yang negatif. Kata-kata negatif juga boleh mempengaruhi pelanggan jika mesejnya disalurkan dengan betul.

Contohnya:

"Bila-bila masa kita akan mati. Adakah keluarga kita bahagia atau derita setelah kita tiada?"



5. TOPI HIJAU


Topi hijau ini agak sukar. Kerana ia bergantung pada elemen kreativiti dan idea baru. Berkait rapat dengan inovasi terhadap sesuatu.

Gunakan topi ini untuk kempen marketing, sekiranya produk atau servis kita memang berinovasi.


6. TOPI BIRU


Topi terakhir ini pula mengizinkan kita untuk mengambil benda yang berkesan dan menguruskannya supaya lebih baik.

Contohnya, kita terjumpa ayat iklan yang sangat bagus dan buatkan kita terpengaruh.

Lalu kita ambil ayat itu dan menggunakan pendekatan berikut:

1) Membuang ayat yang tidak perlu.

2) Menambahbaik isi ayat.

3) Menyusun dan olah ayat supaya lebih kemas.


Like page kami untuk follow lagi posting menarik!

https://www.facebook.com/infosihatCEO/

DOA HILANGKAN MENGANTUK KETIKA MEMANDU. ELAKKAN MICROSLEEP BERLAKU!


Di saat badan dan otak kita dalam keadaan yang teramat letih, microsleep boleh berlaku secara tidak sedar.

Microsleep adalah satu gejala terlelap seketika (1-20 saat). Ini amat bahaya bagi pemandu yang memandu dalam keadaan letih.

Sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. Potongan ayat tersebut berbunyi...

" LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM..."

(maknanya: "DIA [ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR")

Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat..

"BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA' WAHUWASSAMIUN 'ALIIMM" 3X.

-----

SELAMAT BERAMAL !! SHARE PADA RAKAN2 ANDA DAN BERHATI-HATI KETIKA MEMANDU.


Like page kami untuk follow lagi posting menarik!

https://www.facebook.com/infosihatCEO/

DOKTOR PESAN - “JANGAN BARING BILA HIDUNG BERDARAH”


Ramai orang percaya dengan cara berbaring, pendarahan hidung akan berhenti. Sebaliknya ia boleh menjadi lagi bahaya. Dan ini jawapan dari doktor pakar kepada saya.

“Jangan sesekali baring ketika hidung berdarah. Bahayanya kerana berpotensi darah akan memasuki ruang paru2 anda.”


CARA BETUL UNTUK MENGATASI HIDUNG BERDARAH ADA 5 TEKNIK:

1. Jangan panik. Pastikan anda duduk dan tunduk sedikit kehadapan. Tujuannya untuk mengelakkan darah mengalir ke belakang hidung yang berpotensi memasuki ruang paru2 anda.

2. Picit hadapan hidung yang lembut dengan ibu jari dan jari telunjuk selama 5 minit. Sambil bernafas menggunakan mulut.

3. Gunakan bungkusan (kain atau plastik) berisi ketulan ais, dan letakkan pada dahi anda.

4. Sambil itu juga, anda boleh kemam ketulan ais yang kecil dalam mulut untuk membantu mengecutkan salur darah.

5. Jika darah masuk dalam mulut, jangan ditelan. Kebiasaannya pendarahan akan berhenti selepas anda melakukan beberapa langkah di atas.

Sekiranya darah tidak juga berhenti selepas mencuba kesemua teknik ini, segera pergi mendapatkan rawatan di hospital, berkemungkinan pendarahan ini berpunca dari perkara yang serius.


Like page kami untuk follow lagi posting menarik!

https://www.facebook.com/infosihatCEO/

PETUA MINUMAN UNTUK SAKIT KEPALA (KENA CUBA NI)


Adakalanya setelah kita penat bekerja sepanjang hari, pinggang kita akan terasa sakit dan lengguh. Takkan asyik nak telan ubat pelega je kan? Untuk mengatasi masalah tersebut cubalah petua orang dulu-dulu ni.


Sediakan Bahan-Bahan Tersebut:


HALIA – Sebesar ibu jari

UBI CEKUR – Sebesar ibu jari

BAWANG MERAH – 3 ulas

LIMAU NIPIS – 3 biji


Kemudian:
1. Cuci bahan tadi sehingga bersih
2. Parutkan dan gaulkan kesemua bahan sehingga sebati
3. Masukkan bahan yang telah diparutkan ke dalam gelas kemudian masukkan air panas secukupnya
4. Setelah itu, perahkan limau nipis sambil dikacau rata
5. Mulakan dengan Bismillah dan minum perlahan-lahan


Like page kami untuk follow lagi posting menarik!

https://www.facebook.com/infosihatCEO/

USUS TERENGSA? PENYAKIT APA TU?!


Sempena bulan puasa akan berakhir tak lama lagi, masih sempat untuk saya kongsikan mengenai penyakit usus terengsa ni, korang tak tahu kan? Harini saya nak bagitau kat korang.

Sindrom usus terengsa (IBS), sejenis gangguan usus yang paling banyak berlaku. Simptomnya seperti sakit abdomen, kembung perut, sembelit dan diarea. Tahap kesakitan bergantung pada individu tersebut.


MACAM MANA NAK TAHU PESAKIT MENGALAMI IBS?

Gejala IBD berbeza bagi setiap individu dari semasa ke semasa. Sesetengah orang mengalami sakit abdomen dan akan begegas ke tandas ketika bangun dari tidur untuk buang air besar.


TIDAK TERLEPAS JUGA GEJALA-GEJALA LAIN

Ada 7 gejala yang pernah dilaporkan, antaranya:

1. MUKA PUCAT DAN LESU
2. MUDAH LETIH
3. KERAP BUANG AIR KECIL
4. SAKIT2 BELAKANG
5. SAKIT DADA DAN BERDEBAR
6. SESAK NAFAS
7. KELEMAHAN ALAT SULIT


PERLU BERJUMPA DENGAN DOKTOR KE?

Ya, doktor anda akan bertanya tentang sejarah ubatan anda dan gejalanya, termasuklah berapa lama anda mengalaminya. Doktor akan membuat pemeriksaan fizikal yang teliti, serta beberapa ujian darah akan dilakukan.

Untuk lebih penjelasan dalam soal usus terengsa (IBS) ini, anda boleh dapatkan pendapat dari doktor pakar berhampiran dengan anda.


Like page kami untuk follow lagi posting menarik!

https://www.facebook.com/infosihatCEO/