Thursday, November 1, 2018

RISIKO KATARAKS. PESAKIT DIABETES, SILA AMBIL PERHATIAN!


Katarak berlaku disebabkan kehadiran selaput pada lensa mata yang menyebabkan penglihatan terhalang lalu menjadi kabur, dan paling teruk tak dapat melihat langsung (tak sama macam buta).

Siapakah yang mempunyai risiko untuk menghidapi katarak?

Terdapat banyak faktor risiko yang menyebakan terjadinya katarak, seperti faktor umur, diabetes mellitus, kecederaan pada mata, pembedahan mata untuk penyakit lain dan penggunaan ubat-ubatan steroid (ubat titis/inhaler dan nasal spray). Walau bagaimanapun, faktor yang paling ketara adalah faktor usia dan penghidap DIABETES.

Pesakit DIABETES yang mempunyai kandungan gula dalam darah yang tinggi akan menyebabkan kanta mata menjadi tebal dan legap dan menghalang cahaya daripada memasuki mata dengan sepenuhnya. Keadaan legap ini dinamakan katarak.

Sekiranya kadar legap adalah sedikit atau minimal, penglihatan mungkin masih tidak terganggu. Sekiranya kanta menjadi semakin legap dan berkabus, penglihatan mungkin akan terganggu dengan teruknya.

Apakah tanda-tanda katarak?

Kebanyakan katarak yang disebabkan oleh usia berlaku secara perlahan. Pada tahap awal, ia mungkin tidak memberi sebarang masalah atau perubahan. Seterusnya apabila katarak semakin menebal, ia akan menyebabkan tanda-tanda seperti kerabunan yang tiada rasa sakit, masalah untuk membaca atau memandu kereta, terutamanya pada waktu malam disebabkan oleh silau yang teruk.


Like page kami untuk follow lagi posting menarik!

https://www.facebook.com/infosihatCEO/

No comments:

Post a Comment