Wednesday, November 14, 2018

STRES PUN ADA KATEGORI AKUT DAN KRONIK? PFFTT..


Ya ada, ingatkan penyakit je ada akut dan kronik, stres pun sama jugak. Stres boleh dikategorikan mengikut jangka masa berlakunya stres tersebut.

Terdapat dua kategori stres, iaitu stres akut dan stres kronik.


STRES AKUT

Stres yang berlaku akibat tindak balas kepada rangsangan yang terjadi secara tiba-tiba. Ia dikenal sebagai tindaka balas lawan atau lari.

Tindak balas ini merupakan perubahan fisiologi yang berlaku kepada individu agar dapat mengatasi rangsangan stres ini dimanefestasikan dengan perubahan pada tingkah laku seperti mudah mengangis dan agresif.

Perubahan pada emosi pula seperti murungm tidak dapat menumpukan perhatian, dan ia juga boleh ditunjukkan oleh tanda fizikal seperti mudah berasa berdebar-debar, sekit kepala dan berasa tidak sihat.

Contoh keadaan stres akut adalah seperti bunyi bising, hadapi kesesakan lalu-lintas, merasai diri diasingkan dan kehilangan orang atau barang yang dicintai dan sebagainya.


STRES KRONIK

Stres yang berlaku dalam jangka masa yang lama akibat rangsangan yang berterusan sama ada disedari atau tidak oleh individu tersebut.

Keadaan stres akut ayng tidak berjaya diatasi boleh berpanjangan dan menjadi stres kronik.

Rangsangan yang sering menyebabkan stres kronik adalah seperti tekanan berterusan di tempat kerja, masalah hubungan dengan individu lain, berasa keseorangan dan kesunyian serta menghadapi masalah kewangan.

Ini boleh menyebabkan penyakit mental berlaku jika individu tersebut tidak produktif serta tidak bekerja dengan optimum.


Like page kami untuk follow lagi posting menarik!

https://www.facebook.com/infosihatCEO/

No comments:

Post a Comment