Baru2 ni Perkeso mengatakan ramai pencarum tidak tahu hak mereka sepenuhnya. Pencarum yang sudah berhenti kerja turut layak menerima pencen.
Andai kata seorang pekerja itu sudah berhenti atau bekerja sendiri tapi masih berumur di bawah 60 tahun jika mereka jatuh sakit, kemalangan hingga hilang anggota badan, mereka layak menerima skim pencen ilat walaupun dia tidak mencarum lama.
Perkeso juga dapat membantu dari segi kos perubatan seperti dialisis dan bantuan peralatan pemulihan.
Jadi, mana-mana pekerja yang ada kematian, sakit teruk, kemalangan atau apa-apa jenis penyakit yang membuatkan dia tidak boleh bekerja, anda boleh hubungi talian Perkeso dan mereka akan semak untuk lihat kelayakan bagi skim pencen ilat.
Untuk kematian, memang Perkeso akan bagi pencen tapi kalau lumpuh, bukan setakat bagi pencen malah juga diberi alat bantuan seperti kerusi roda, tongkat atau rawatan dialisis sekiranya diperlukan.
Ramai orang tak tahu perkara ini, pencen skim ilat boleh diwarisi meskipun pencarumnya sudah meninggal dunia ketika berusia 100 tahun. Ini bertujuan supaya keluarganya tidak terbeban dan menyenangkan sedikit sebanyak kos saraan harian.
Perkeso melakukan ini sebagai bentuk kebajikan kepada pencarum sama ada yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia.
Like page kami untuk follow lagi posting menarik!
https://www.facebook.com/infosihatCEO/
No comments:
Post a Comment