Thursday, October 11, 2018
6 TEKNIK MARKETING EDWARD DE BONO
Selamat malam para pembaca dan peminat marketing sekalian, di sini ada beberapa teknik marketing hasil kajian Edward De Bono. harap anda tekun dan hayati artikel panjang lebar ini ye.
Marketing ini ibarat sains dan seni. Sains itu boleh dikaji. Seni itu pula datang dari bakat. Apakah sains marketing yang telah terbukti keberkesanannya?
TEKNIK MARKETING CARA 6 THINKING HATS
Apabila menghasilkan kempen-kempen marketing, kita boleh gunakan pendekatan pengasas 6 Thinking Hats iaitu Edward De Bono. 6 Topi berfikir yang beliau asaskan adalah:
1) Topi putih.
2) Topi merah.
3) Topi kuning.
4) Topi hitam.
5) Topi hijau.
6) Topi biru.
Setiap topi ini mempunyai kepentingan dan emosi yang berbeza-beza. Kita boleh gunakan untuk mempengaruhi emosi pelanggan dari sudut yang pelbagai.
1. TOPI PUTIH
Topi putih melibatkan elemen fakta dan neutral. Fakta boleh jadi positif atau negatif. Kempen marketing juga boleh fokus pada penggunaan fakta-fakta bagi mempengaruhi pelanggan.
Contohnya:
"1,300 pelanggan sudah mencuba produk kami. Anda bila lagi?"
2. TOPI MERAH
Topi merah pula menggunakan emosi secara total. Seperti marah, suka, gembira dan sebagainya.
Cara terbaik menggunakan kempen marketing topi merah adalah menerusi luahan pelanggan yang beremosi.
Contohnya:
"Syokk nya.. kulit saya semakin lembut & mulus."
3. TOPI KUNING
Topi ini menggunakan elemen-elemen positif terhadap pendapat dan juga fakta. Sama seperti topi pertama. Bezanya adalah fokus topi kuning adalah pendapat dan fakta yang positif.
4. TOPI HITAM
Topi hitam pula fokus kepada pernyataan pendapat atau fakta yang negatif. Kata-kata negatif juga boleh mempengaruhi pelanggan jika mesejnya disalurkan dengan betul.
Contohnya:
"Bila-bila masa kita akan mati. Adakah keluarga kita bahagia atau derita setelah kita tiada?"
5. TOPI HIJAU
Topi hijau ini agak sukar. Kerana ia bergantung pada elemen kreativiti dan idea baru. Berkait rapat dengan inovasi terhadap sesuatu.
Gunakan topi ini untuk kempen marketing, sekiranya produk atau servis kita memang berinovasi.
6. TOPI BIRU
Topi terakhir ini pula mengizinkan kita untuk mengambil benda yang berkesan dan menguruskannya supaya lebih baik.
Contohnya, kita terjumpa ayat iklan yang sangat bagus dan buatkan kita terpengaruh.
Lalu kita ambil ayat itu dan menggunakan pendekatan berikut:
1) Membuang ayat yang tidak perlu.
2) Menambahbaik isi ayat.
3) Menyusun dan olah ayat supaya lebih kemas.
Labels:
Hari Hari Sihat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment