Thursday, October 11, 2018
USUS TERENGSA? PENYAKIT APA TU?!
Sempena bulan puasa akan berakhir tak lama lagi, masih sempat untuk saya kongsikan mengenai penyakit usus terengsa ni, korang tak tahu kan? Harini saya nak bagitau kat korang.
Sindrom usus terengsa (IBS), sejenis gangguan usus yang paling banyak berlaku. Simptomnya seperti sakit abdomen, kembung perut, sembelit dan diarea. Tahap kesakitan bergantung pada individu tersebut.
MACAM MANA NAK TAHU PESAKIT MENGALAMI IBS?
Gejala IBD berbeza bagi setiap individu dari semasa ke semasa. Sesetengah orang mengalami sakit abdomen dan akan begegas ke tandas ketika bangun dari tidur untuk buang air besar.
TIDAK TERLEPAS JUGA GEJALA-GEJALA LAIN
Ada 7 gejala yang pernah dilaporkan, antaranya:
1. MUKA PUCAT DAN LESU
2. MUDAH LETIH
3. KERAP BUANG AIR KECIL
4. SAKIT2 BELAKANG
5. SAKIT DADA DAN BERDEBAR
6. SESAK NAFAS
7. KELEMAHAN ALAT SULIT
PERLU BERJUMPA DENGAN DOKTOR KE?
Ya, doktor anda akan bertanya tentang sejarah ubatan anda dan gejalanya, termasuklah berapa lama anda mengalaminya. Doktor akan membuat pemeriksaan fizikal yang teliti, serta beberapa ujian darah akan dilakukan.
Untuk lebih penjelasan dalam soal usus terengsa (IBS) ini, anda boleh dapatkan pendapat dari doktor pakar berhampiran dengan anda.
Labels:
Hari Hari Sihat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment