Tuesday, October 30, 2018
10 MANFAAT JADI SUKARELAWAN YANG ANDA TAK TAHU
1) DAPAT BELAJAR PERKARA BARU
Anda belum terlambat untuk belajar sesuatu yang baru, walaupun telah tamat pengajian di universiti, tidak bermaksud anda perlu berhenti belajar.
Semasa program sukarelawan, anda akan belajar kemahiran seperti berkomunikasi dengan masyarakat, belajar pasal serba sedikit tentang kira-kira kewangan, pengurusan manusia, dan bekerja secara berkumpulan.
2) MENJADI SEBAHAGIAN DARI KOMUNITI
Manusia dicipta untuk hidup dalam kelompok dan saling memerlukan. Kerja yang besar perlu mendapat tenaga kerja yang banyak dari masyarakat. Sukarelawan sedikit sebanyak membantu komuniti untuk bekerja dalam satu kumpulan.
Lihatlah penduduk-penduduk di Jepun, mereka lebih mementingkan aktiviti berkumpulan dalam organisasi. Sebab itulah mereka berjaya menghasilkan produk bertaraf antarabangsa seperti Honda, Toyota, Yamaha dan banyak lagi.
3) MEMUPUK SIKAP KEMASYARAKATAN
Ada banyak orang yang kurang bernasib baik dari kita. Bagaimana perasaan anda jika ahli keluarga anda terbunuh dalam peperangan? Beribu-ribu kanak2 menjadi mangsa keganasan peperangan, ada juga bayi yang baru beberapa bulan dilahirkan di negara-negara berperang mungkin menghadapi risiko penyakit akibat tidak mempunyai makanan yang seimbang.
Rakyat Malaysia haruslah berasa bersyukur kerana kita masih lagi boleh menikmati makanan2 yang enak, tidur dalam keadaan aman, sembahyang dalam keadaan aman, dan hidup dalam keharmonian di negara yang berbilang kaum. Jika kita berada di tempat yang tinggi, kita haruslah lihat ke bawah. Suatu hari nanti kita pula akan berada di tempat mereka juga.
"Tangan yang memberi adalah lebih baik dari tangan yang menerima."
4) DAPAT BERTEMU DENGAN RAMAI ORANG
Menjadi sukarelawan, anda dapat bertemu dengan pelbagai jenis orang, antaranya pengarah syarikat, guru, pensyarah, peniaga dan ada juga orang yang tidak mempunyai pekerjaan! Dunia ini sangatlah kecil. Sebab itulah kita tidak digalakkan untuk berhasat dengki atau berbuat sombong dengan orang lain, suatu hari kita pasti akan jumpa dia lagi.
Di saat inilah anda akan rasa bahawa hidup ini akan sentiasa dikelilingi oleh orang yang senang dan susah, tetapi masih ada juga yang mempunyai hati yang sangat ikhlas dalam menyumbangkan tenaga kepada sukarelawan.
8) MELATIH DIRI BERKOMITMEN DALAM JAWATAN
Kepercayaan yang orang telah berikan kepada anda, haruslah dipikul dengan baik. Di sinilah saat anda bakal diuji untuk berlatih kebolehan untuk berkomunikasi dengan baik. Walaupun cabaran ini tidaklah sehebat duta, tetapi anda perlu ada sikap amanat dan berkomitmen dalam diri sendiri.
9) MEWUJUDKAN KESEDARAN DIRI
Perkataan sukarelawan itu sendiri bermaksud anda sendiri yang mahu melakukannya tanpa paksaan dari siapa2, ikhlas tanpa mengharapkan balasan wang ringgit. Secara automatiknya segala amalan akan diberkati selagi niat dihati berbuat semata-mata kerana Allah yang Esa.
10) MELABUR PAHALA UNTUK HARI AKHIRAT
Kita harus sedar bahawa manusia akan pergi meninggalkan dunia. Sekaya-kaya manusia itu pun, harta hanya boleh dipakai di dunia saja. Setinggi-tinggi pelajaran kita di menara gading sekalipun, jika tidak digunakan untuk masyarakat tidak berguna juga.
Sebenarnya tujuan asal kita adalah untuk berbuat baik kepada masyarakat setempat. Berlaburlah di jalan akhirat yang kekal abadi. Bila kita meninggal dunia esok, sekurang-kurangnya tercatit amalan kita menderma dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Insya Allah.
Like page kami untuk follow lagi posting menarik!
https://www.facebook.com/infosihatCEO/
Labels:
Hari Hari Sihat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment