Thursday, October 11, 2018

DOKTOR PESAN - “JANGAN BARING BILA HIDUNG BERDARAH”


Ramai orang percaya dengan cara berbaring, pendarahan hidung akan berhenti. Sebaliknya ia boleh menjadi lagi bahaya. Dan ini jawapan dari doktor pakar kepada saya.

“Jangan sesekali baring ketika hidung berdarah. Bahayanya kerana berpotensi darah akan memasuki ruang paru2 anda.”


CARA BETUL UNTUK MENGATASI HIDUNG BERDARAH ADA 5 TEKNIK:

1. Jangan panik. Pastikan anda duduk dan tunduk sedikit kehadapan. Tujuannya untuk mengelakkan darah mengalir ke belakang hidung yang berpotensi memasuki ruang paru2 anda.

2. Picit hadapan hidung yang lembut dengan ibu jari dan jari telunjuk selama 5 minit. Sambil bernafas menggunakan mulut.

3. Gunakan bungkusan (kain atau plastik) berisi ketulan ais, dan letakkan pada dahi anda.

4. Sambil itu juga, anda boleh kemam ketulan ais yang kecil dalam mulut untuk membantu mengecutkan salur darah.

5. Jika darah masuk dalam mulut, jangan ditelan. Kebiasaannya pendarahan akan berhenti selepas anda melakukan beberapa langkah di atas.

Sekiranya darah tidak juga berhenti selepas mencuba kesemua teknik ini, segera pergi mendapatkan rawatan di hospital, berkemungkinan pendarahan ini berpunca dari perkara yang serius.


Like page kami untuk follow lagi posting menarik!

https://www.facebook.com/infosihatCEO/

No comments:

Post a Comment